MENGAPA AKU DI SINI
Antologi Cerpen Mengapa Aku Di Sini membawakan 6 buah cerpen. Mengapa Aku Di Sini mengisahkan dilemma seorang anak sama ada mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera sebagaimana yang diminati atau mengikut kemahuan bapanya yang mahu dia masuk bidang perubatan. Adakah dia mengikut kata hatinya atau mengetepikan hasrat hati dan memenuhi permintaan bapanya. Air Mata Di Pagi Raya membawakan kisah seorang kanak-kanak yang beraya berseorangan, rupanya ada kisah lain yang tersembunyi. Abang berkisar seorang adik yang merasakan abang kandungnya sendiri tidak menyukainya gara-gara apa yang dilakukan oleh si abang sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Kasih Yang Terlewat menceritakan seorang anak yang mendambakan kasih sayang ayahnya. Dirasakan ayahnya hanya menyayangi adiknya manakala dirinya dibiarkan sendirian sejak pemergian ibunya. Restu membawakan cerita seorang pelajar yang menghadapi dilema kerana mendapat tentangan daripada emaknya dalam melakukan kegiatan ko-kurikulum. Emak hanya mahukan dia fokus dengan pelajaran saja dan tidak melakukan aktiviti lain selain belajar semata-mata. Salah Asuhan berkisar mengenai seorang remaja yang tersasar daripada landasan hidup selepas pemergian ayahnya dan menyebabkan ibunya mengalami kesulitan dalam membesarkannya kerana kedegilannya.
Currently No Review